Just A Story//
Bounjour !
Hey ! Good days to you!

Welcome to my site !
Behave yourself here. no spamming, rude word and childish act!

stalkers
best view with google chrome
right-click disabled
editor: Kyra Azmi


Ouu yaa ! Behave yourself here. you can ➜
+Follow | Go Home
Story | MyBio | MyBoy |
About
yes! i'm owner !


➜ Shakirah Azmi
➜ 18 Disember
➜ UiTMT student


Tagboard
Footprints here!


Credits

Template : Dinie Hanani
Editor : Shakirah Azmi
Image : We♥it
Best view : Google Chrome
Re-edit by : Kyra Azmi

bukan senang nak grad !
Selasa, 18 Oktober 2016 | 12:55 PG | 0 Awesome People
assalamualaikum, hai jumpa lagi kita!

harini aku sedih lah, sedih ni bukan sedih putus cinta ke apa, tapi pasal masa depan aku.
okay macam yang semua sedia maklum, minggu ni minggu exam. biasalah kan, mesti semua busy dengan study. nak  dekan, nak 4 flat kan.
kat sini aku nak story sikit. aku anak sulung perempuan. kat bawah ada adik-adik aku lagi.
dari sekolah lagi memang aku kena bersaingan dengan cousin-cousin aku. mak aku kadang suka compare. aku tak suka ! tapi aku tak marah, sebab aku tau mak aku nak yang terbaik buat anak dia, 
jadi sebagai anak sulung, aku kena berusaha lah, berdikari semua.
ya aku berjaya, berjaya masuk diploma sains matematik. aku berjaya bagi mak aku happy. macam-macam mak aku buat untuk pastikan aku dpat sambung belajar. sebagai seorang anak mestilah taknak mak dia sedihkan. cousin aku semua dah grad, sorang sambung degree.
aku ja masih kat diploma, patutnya ni last sem aku, tapi aku ada carry paper. ada 9 subjek lagi tak ambil jadi aku kena extend lah. mungkin dua sem.

dari awal sem 1 sampai lah sekarang sem 5, aku tak pernah story kat siapa pun, aku pendam sorang. sakit weh ! tambah pulak banyak kawan aku yang selalu support aku dah quit. aku taktau kenapa diowang quit. lepas quit semua senyap. yang tinggal mana yang ada je lah.
tiap sem tak miss bagi aku untuk repeat paper. bukan tak belajar, bukan banyak main. tapi aku bukan pandai, cepat tangkap senang ingat macam orang lain. masing-masing tak sama.
sem yang paling teruk waktu sem 4, aku ada tiga paper repeat. pointer aku jatuh teruk. sampai bawah 2. kira pointer aku 1 lebih je lah. sikit lagi nak dismiss, tapi aku dapat P1.jadi dibawah pemantauan UiTM. semua kawan aku taktau, ada sorg dua yang aku percaya aku cerita. aku rasa beban yang paling berat bagi aku. aku cuba nak happykan parents aku. tengok aku grad!
niat aku belajar sebab allah, sebab nak mak ayah aku happy.

 sem ni, macam lagi teruk, nampak ke arah fail. So, satu paper dah lepas. ada 2 lagi paper aku nak kena ambil. aku dah usaha sedaya habis. andai kata tak lepas jugak, aku redha. aku boleh agak apa akan jadi. andai kata aku dismiss, aku redha. kalau aku still dapat sambung, alhamdulillah. aku masih ada harapan nak mak ayah aku happy. aku takut nak hadap mak ayah aku, aku risau depa sedih.
tu jaa. aku taktau nak luah dekat siapa. berat bagi aku even senang bagi orang lain.
siapa yang kenal aku dia tau aku macam mana, siapa yang tatau, better diam. tapi kalau rasa nak sumbang pahala boleh jugak.

apa patut aku buat, dah tawakal habis dah ni. semangat yang mana bagi tu macam tak membantu aku sangat, aku perlu orang yang betul nak tolong aku, hah tapi harapan! takde pun. lagipun dah lambat dah nak betulkan semuanya. sokay. doakan kejayaan aku !
thanks sebab baca. bye

Old things