Just A Story//
Bounjour !
Hey ! Good days to you!

Welcome to my site !
Behave yourself here. no spamming, rude word and childish act!

stalkers
best view with google chrome
right-click disabled
editor: Kyra Azmi


Ouu yaa ! Behave yourself here. you can ➜
+Follow | Go Home
Story | MyBio | MyBoy |
About
yes! i'm owner !


➜ Shakirah Azmi
➜ 18 Disember
➜ UiTMT student


Tagboard
Footprints here!


Credits

Template : Dinie Hanani
Editor : Shakirah Azmi
Image : We♥it
Best view : Google Chrome
Re-edit by : Kyra Azmi

2 Ogos ( Selasa )
Selasa, 2 Ogos 2016 | 9:59 PG | 0 Awesome People
Assalamualaikum !

Hai pembaca setia blog Kyra .
sihat dak ? alhamdulillah kalau sihat.. yang tak sihat makan ubat, semoga cepat sembuh, aminn
kali ni tak cakap pasal harini jaa .. em tak! hari semalam termasuk hari sebelumnya ... 
harap hampa baca tak boring lah, cuba hayati bila hampa dok kat tempat aku ni naa..
cerita dia begini, jeng jeng jeng :3
Al-Khawarizmi
kisah ni mengenai program "AL-KHAWARIZMI"..
 program apa tuh ? program ajar matematik kat budak sekolah.. awat yang rajin sangat aku ni kan.. ikutkan memang aku tak rajin pun! TAPI sebab aku ada jawatan dalam persatuan! so tanggungjawab aku besar.. hm persatuan apa aku masuk ? aku join PERSIK under course aku .. eii PERSIK ? tak pernah dengaq pun .. haa sebab tuu laa banyak event persatuan aku ni buat .. satu matlamat sebab nak PERSIK ni dikenali ramai .. aku course apa ? ya allah, hampa tau dak aku belajaq sains matematik .. so persatuan tuu nama persatuan siswa siswi sains kuantitatif (PERSIK).. dulu sains kuantitatif, sekarang sains matematik. okay kita skip, dah lari tajuk dah ni. hahaHaha
hari Jumaat (29/7/2016)
aku dapat tugasan kena p satu sekolah kat Tapah ni untuk bincang pasai program ni lah, sebelum ni sekolah yang dipilih kat Kampar, disebabkan ada kekangan , tukar sekolah last minit. sekolah yang dipilih SMK Hamid Khan. disuatu pagi yang indah .. cuaca pun baik, aku dan sorg lagi exco, Ma nama dia .. Ma? haa mmg nama dia Ma.. toksah banyak bunyi.. baca je. hm okay! aku and ma gerak dari UiTM lewat jugak lah sebab nak settlekan proposal modul semua tuu . so aku anggarkan dalam pukul 9 lah sampai sekolah .. sekolah tu kan wehh, alamakk aii atas bukit. Tapah kan, biasalah tuh, murid banyak india n cina.. pastu nak jumpa pengetua, pengetua ada kelas, jadi kerani minta jumpa PK HEM. dah jumpa PK HEM , kena jumpa conselor pulak. conselor pun ada kelas .. okay takpe tunggu .. datang pulak cikgu Fizik.. dibebelnya yang proposal kami buat salah! hm aku n Ma terkelu lah.. first time kot.. aku pun gagap nak cakap dengan cikgu-cikgu ni. okay tu takpa.

pergi pula bab modul, bincang dengan cikgu matematik sekolah tuu, modul kami tuu dia reject (takdelah semua dia reject). dia cakap murid dia bukan nak belajar sangat, kalau nak tolong, ajar yang penting je :'( okay okay faham. pastu bila pengetua dah sampai, kami pun sampaikan hasrat kami kat pengetua.. last pengetua kata cakap dengan conselor je. hm! nasib tunggu conselor tak lama, sebab cun-cun dia habis kelas lepas pengetua tengah berbincang dengan kitaorang. ok blaa blaa semua, sekolah nak surat PPD baru boleh proceed program ni ..so kami minta diri, dalam pukul 11 baru blah dari sekolah tuh!  okay takpe kami pun gerak g PPD kat jalan Pahang tu , dia cakap kena p JPN  kat Ipoh (T,T) Ipoh wehh Ipohh ! okay takpe lah tuu abaikan.. siapa nak p Ipoh semata nak ke pejabat JPN nak dpt permission je !!

okay kami balik dengan hati yang kecewa. sampai UiTM pukul 12 camtu,  jumpa PM (Project Manager) berbincang. PM call semua sekolah berdekatan .. semua minta surat PPD .. fuhh makan masa lama tuh -,- okay takpe , nekad jugak nak try hantar surat kat PPD, cara endos gituu .. buat la surat dan Alya (exco) pergi dengan niat nak dapatkan tanda tangan penasihat .. aku ni pula tunggu dalam keta , sebab dah janji lepas dapat sign , nak gerak sekali dgn PM pergi pejabat PPD.. tunggu , tunggu dan terus tunggu , Alya tak kunjung tiba , aku mulai risau.. selepas 40 minit baru lah Alya timbul .. hm okay kita proceed jee.. then g ambil PM then g arah pekan Tapah.. niat nak settlekan harituu gak, tapi tak lepas sebab lepas jumpa penasihat, masalah lain pula timbul T,T hm sedih!

petang tuu aku, Alya and PM g lepak kat kedai makan , minum-minum gituu . bincang punya bincang last kami terpaksa tukar sekolah lagi .. kali nie SM Sains Tapah (SESTA).. sebab sekolah berasrama penuhkan , huhu , tengok jam dah pukul 4.00 petang, kami cuba nasib, mana tahu lepas ke kan buat program kat sekolah tuu.. tanya kerani sekolah , dia minta datang Isnin sebab nak kena jumpa pengetua.. okay fine, takpe boleh jee. takde hal, Isnin kami datang balik.. dah laa time nak pergi pejabat sekolah pun kami pusing satu sekolah. cari punya cari rupanya kat aras atas.. alamak aii malu dah haa..
hari Isnin (1 Ogos)
macam yang kami janjikan , aku dan Alya pergi sekolah nak berjumpa dengan pengetua, dengan panas terik dan niat yang baik ini kami pun bertolak lah Sesta .. sesampai disana hanya lewat 10 minit dari jam yang dijanjikan.. pengetua membawa rombongan cik kiah ke Kg. Gajah!
wehh dah buat appointment kot. hm sumpah kecewa wehh.. dah pergi tapi pengetua tetiba ada emergency, jadi buat appointment baru lagi.. see betapa aku marah sangat dengan kerani sekolah! ye lah nak jumpa cikgu pun dia tak bagi. payah la gini. mengada aih !

hari selasa (2 Ogos)
seperti yang dijanjikan dengan kerani sekolah , kami akan datang jam 7 pagi takpun kul 11 pagi macam tuu .. kami pergi jam 11 pagi sebab masa tak mengizinkan jam 7 pagi tuu .. dan buat kali ke berapa tatau dikecewakan lagi.. dengann staf Sesta nak layan takmau layan .. hm , bila ditanya katanya pengetua tak dimaklumkan tentang hal ni.. nak jumpa PK HEM pun ape ape kena jumpa pengetua dulu.. wehh dah buat appointment kan, lahai ! kerani cakap pengetua g Dengkil.. kalau tak salah aku lah .. okay takpa, yang tak tahan sebab boleh cakap macam UiTM Tapah tuu duduk sebelah Sesta je .. geram pula aku.. bila ditanya pengetua balik ke sekolah pukul berapa ? dia cakap tak tahu.. haishh asyik tak tahu jaa.. sampai bila weh -,- then diminta call pukul 2 untuk confirmation..

jam pukul 2 PETANG kami call dan dimaklumkan pengetua takda. ingat dapat jumpa PK HEM pun jadilah kan , kerani cakap PK HEM dah balik rumah.. bukannya nak buat apa, cuma nak sembang sembang gitu jee.. nak sampaikan hasrat dihati ni haa .. dan ini kali keberapa pun aku tatau , kami terus dikecewakan .. jam 3 kami gerak dari UiTM dengan niat tunggu pengetua , sebab nak jumpa jugak kan.. last kerani sekolah cakap pengetua masih jauh dekat kota damansara lagi. hmm tak terkata apa, dan janji terus dibuat.. esok pukul 8 pagi, kalau tetap tak ada..  memang nasib badan lahh
penegtua susah nak masuk jerat orang kata.. pengetua cerdik,, haHAh kita tunggu esok lah, harap tak kena tipu lagi, bukan janji tinggal janji!

okaylah aku pun dah mengantuk, seharian kat luar.. letih ya amat.. tadi meeting pun semua masuk telinga kanan keluar telinga kiri jee... hahaha sorry geng ! aku tak dapat nak fokus,, otak tepu, badan letih.. haha,apa apa kita update esok pula okay.. doakan semoga pengetua ada tak bergerak macam belangkas. hm kbye..
GOOD NIGHT UOLLS!

Old things | New things