Just A Story//
Bounjour !
Hey ! Good days to you!

Welcome to my site !
Behave yourself here. no spamming, rude word and childish act!

stalkers
best view with google chrome
right-click disabled
editor: Kyra Azmi


Ouu yaa ! Behave yourself here. you can ➜
+Follow | Go Home
Story | MyBio | MyBoy |
About
yes! i'm owner !


➜ Shakirah Azmi
➜ 18 Disember
➜ UiTMT student


Tagboard
Footprints here!


Credits

Template : Dinie Hanani
Editor : Shakirah Azmi
Image : We♥it
Best view : Google Chrome
Re-edit by : Kyra Azmi

Business Mama :)
Jumaat, 14 Oktober 2016 | 7:10 PG | 0 Awesome People
Assalamualaikum ,

alhamdulillah kat bumi Tapah hujan sekarang ni, minggu ni minggu exam.
betul lah orang kata, bila nak dekat final lah kita rajin nak buat macam-macam. patutnya study weh study ! haha. okay taknak cakap pasal tu pun. nak cakap pasal lain :3
business mama 
apa yang aku nak share harini pasal mama aku. ni mama , ibu, mommy, mak, ummi , kawan , musuh aku segala macam lah


tudung merah hati tuu mak aku, my idol ! okay kat sini aku nak tolong mak aku .promote dia punya bisnes :) dia ni satu-satunya mak yang aku ada. seorang yang banyak cakap, terlalu peramah, ye lah tak kenal pun dia p masuk sembang, tapi tu dulu, sejak dia dah berumur ni jarang tegur orang sesuka hati dah. tak larat kot. haha

aku beruntung dapat dia, sebab dia ni super awesome mama ! semua dia boleh buat.
mak aku dah berhenti kerja. dulu kerja sebagai kerani lawyer. berhenti kerja dan buat bisnes. berani tanggung risiko ! alhamdulillah, even mak aku dah tak kerja, still makan pakai cukup, penah laa awai-awai lepas berhenti tak da benda nak makan. biasalah sebab awai-awai banyak guna duitkan.
mengambil upah menjahit dan tempahan kek
mak aku ambil upah jahit baju lama dah sebelum dia berhenti kerja lagi. dia jahit semua jenis baju perempuan, baju kurung, kebaya, pahang, moden, apa lagi? semua mak aku boleh buat. lelaki pun mak aku buat, baju teluk belanga, baju melayu, seluar, emm lagi apa eh. haa alter pun mak aku ambil.
harga murah murah punya mak aku letak
ada orang kata murah, ada orang kata mahal. yang murah alhamdulillah, yang mahal sini aku nak bebel sikit. kita orang melayu, cuba support sikit orang melayu, macam mana melayu nak maju asyik nak kondem sepanjang masa. sini ganti mak aku menjahit baru tau penat lelah dia, berjaga siang malam nak siapkan baju pelanggan. pelik aku, bila melayu sendiri cakap mahal, p hantar kedai cina, takda pula cakap mahal, sedangkan cina ambil lagi dua tiga kali ganda punya price. kalau dekat Penang ni, harga mak aku still paling murah berbanding dengan orang lain. bukan nak backup, tapi kenyataan. tak salah pun kalau nak backup. bisnes mak aku kan! hahahah
aku nak tolong naikkan bisnes dia. sebab dia mula dari zero. marketing kalau mula dari zero bukan senang oo. perlukan kepercayaan orang. erk ! nah like lah pages mak aku
mama tailor |

yang kek tuu, kadang kalau mak aku tak sempat, aku lah yang buat. relax ! rasa dia semua sama, sedap lagi. tak sampai sehari sebiji kek boleh habis. haha (puji diri sat)
buat masa ni kami cuma buat kek butter, kek marble, kek coklat moist, kek batik dan kek buah-buahan. nak kek selain tuu boleh jaa hello hello :)
simkad tune excel (TE)
pasal simcard ni nanti  lah aku cerita noh. yang aku tau aku seronok jadi pengguna TE. sebab tiap bulan duit masuk bank, internet free, dapat kumpul bigpoint, nanti boleh redeem phone yang aku nak, tiket flight, hotel. hiks !
siapa yang rasa berminat, boleh terus whatsapp : 011-18547302

okay bye!

Old things | New things