Just A Story//
Bounjour !
Hey ! Good days to you!

Welcome to my site !
Behave yourself here. no spamming, rude word and childish act!

stalkers
best view with google chrome
right-click disabled
editor: Kyra Azmi


Ouu yaa ! Behave yourself here. you can ➜
+Follow | Go Home
Story | MyBio | MyBoy |
About
yes! i'm owner !


➜ Shakirah Azmi
➜ 18 Disember
➜ UiTMT student


Tagboard
Footprints here!


Credits

Template : Dinie Hanani
Editor : Shakirah Azmi
Image : We♥it
Best view : Google Chrome
Re-edit by : Kyra Azmi

Dia sentiasa ada sambil memerhati !
Selasa, 11 Oktober 2016 | 8:36 PG | 0 Awesome People
Assalamualaikum !

hai geng !
 firstly nak ucap terima kasih kat pembaca blog aku,
 dulu ingat tadak orang nak stalk blog buruk aku ni, ye laa sejak jadi budak Univ, beban sikit nak update blog ni.. nak share nak share pastu lupa lagutuu ja, hehe
DIA SENTIASA ADA SAMBIL MEMERHATI !
perghh dengaq tajukk macam satu macam naa. haha :D
ye laa, aku ni rajin scroll facebook, even orang kata dah ketinggalan zaman, tah aku seronok main facebook ni.. okay cerita dia macam ni, sejak dua menjak duk scroll FB ni, aku selalu baca story dekat FS (Fiksyen Shasha) sampai aku terasa nak share jugak !
taknak share dekat FS sebab aku malaih nak copy paste! susah susah jaa -,-
memandangkan aku ada blog, aku story kat sini je lah eh !
sorry laa kalau tak berapa nak seram macam story orang lain.. ahh tak kira lah, aku nak story jugakk..
story dia laguni.. macam semua sedia maklum, aku student UiTM Tapah. 
Tapah ni kecik jaa kawasan dia, tadak yang menarik tentang Tapah pun :3
tapi nak p Cameron Highland, ikut Tapah dekat even jalan dia bahaya sikit !
dari sem 1 sampai sem 3 aku duduk kolej.. sem 4 aku duduk luar (rumah sewa)
sem 5 aku buat rayuan masuk kolej atas sebab tadak duit, sakit ooww dok luar sebenarnya, ye laa aku bukan kaya  mana.. dah laa rumah sewa kat sini mahai-mahai, padahal kawasan dia tuuu kecik tak membangun sangat. serius serius, dikelilingi hutan, kelapa sawit haa :3
dari sem 1 sampai sem 5 macam macam dah aku lalui, harungi.. adalah 2 3 story yang aku nak share tapi 1 story ni jadi time aku sem 4. so aku story time aku sem 4 je lah, sebab yang lain tu tadak lah menarik sangat story dia . haHahah
time tuu kan, disebabkan sem 4 tak akan dapat kolej, waktu aku sem 3, aku and budak sem 3 yang lain sibuk cari rumah sewa. bayangkanlah intake time aku ramai dan rumah dekat tapah ni sikit, kalau ada pun mahai. hm kesian kat kami, sikit punya susah nak cari rumah sewa time tu, jumpa rumah murah, tadak line lah, barang tak fully lah, jauh laa.. haish macam-macam. sampai lah member aku sorang offer duduk dengan dia, katanya ada kosong lagi, okay kami kumpul lah orang, time tuu total ada 11 orang nak duduk rumah tu. patutnya 9 orang ja. okay abaikan
Then masuk lah sem baru bermula lah kisah aku sebagai non-resident student 
waktu masuk awal sem budak rumah yang patutnya 11 orang tuu tetiba jadi 7 orang jaa yang stay, sebab yang lain dapat kolej, okay takpe lah, dok seminggu sorang lagi keluar sebab dapat SPA.. aduii masakk masakk, duit sewa bulan-bulan kena bayar sorang 200 dari pada 100 lebih jee :') punya laa nak jimat, hm takde rezeki la kot nak berjimat, duit PTPTN bagi dekat tuan rumah sewa. hahAhH
rumah ni betul-betul tepi jalan, belakang rumah ada sungai, hadap pulak hutan.
 perghh strategik gitu, pasal dekat dengan UiTM, kami semua stay lagipun dah selesa. tak kisah sangat pasal bayaran tuu. sebab rumah dia besar dekat dengan jalan besar, puas hati laa kata kau..
nak dijadikan cerita, aku duduk bilik belakang betul-betul dekat dengan dapur dan tandas, kira macam keluar pintu bilik terus dapur hadap pulak tandas. dah laa duduk sorang-sorang bilik tuu, bilik tengah dua orang, dan bilik master tiga orang, dua bilik ni dekat hall.
mulanya duduk rumah tuu semua okay, takde apa. happy go lucky gituu.
okay aku namakan housemate aku Minah , Peah , Kiah , Siti , Atun dan aku (bukan nama sebenar semuanya) minah, peah and kiah duduk sebilik (bilik master), siti dan atun plak sebilik..
awai-awai tuu, si Kiah ni selalu sangat balik lewat pagi sebab selalu keluar dengan tunang dia. satu harituu, time semua tengah layan cerita pukul 7 tuu, si Kiah ni duk dalam bilik main phone.
tetiba katil dia macam ada berlaga.. padahal takde siapa pun masuk bilik.. mulanya si kiah ni diam je. aku tak tahu pun pada mulanya. okay then satu satu dia buat nak bagitau yang dia ni wujud lah kot. pastu satu malam ni si Peah ni keluar dengan classmate dia, balik lepas subuh kalau tak silap. yang lain semua tidoq macam biasa, then katil si Kiah ni dekat dengan pintu, bilik depa ni plak berkunci, time dok mamai tuu dia dengar orang ketuk pintu, tengok cermin make-up (sebab bila Kiah tidoq akan hadap cermin) si Peah ni dok depan cermin.. yang si Kiah ni bengang laa, awat si Peah tak buka pintu orang dok ketuk pintu kn.. dengan mamai-mamai, si Kiah gagahkan jugak buka pintu.. dok esok tuu baru dapat tau yang ketuk tuu si Peah..sebab bilik berkunci tak boleh masuk.. habis siapa yang dok berdiri depan cermin? lama-lama si Kiah ni pun cerita kat semua, tadak laa kat semua, siapa yang takut dia tak cerita.. aku pun takut sebenaqnya, tapi acah kuat. haHAh!
si Kiah p berubat cara kampung time cuti raya
rupanya anak si Lang suka dekat si Kiah, ALLAHU ! sapa suruh cantik sangat. haHA. orang yang berubat si Kiah ni cakap, memang sebelum rumah tuu wujud lagi si Lang tu ada, kira tempat  tinggal si Lang laa sebab dekat dengan sungai dan hutan.. patut banyak cicak rumah tu, hm ! besar-besar pulak tuu.. yang paling tak tahan tuu, tempat dia duduk dekat dapur, si Kiah ni boleh nampak. jadi sebab dia taknak aku takut dia x habaq, tapi aku desak dia last habaq jugak..
aku menyesal tanya. kadang nak mandi, berak buat aku tak tenang !
hm asyik terfikir jee. ye laa mana tak fikir, bilik aku depan dapur wehh. depan k! keluar pintu terus dapur, huhu. yang tak tahan dia duduk dekat dengan tandas T,T
bukan dia ja kena, majoriti semua housemate aku dikacau, aku jaa tak kena.. mungkin nasib menyebelahi aku kot.. mintak simpang lah! kadang-kadang aku selalu jugak fikir, sampai satu malam tuu, mungkin sebab pikiaq sangat, aku rasa tangan aku lenguh.. depa kata dia dok bergayut kat tangan aku.. hm aku fikir positif jaa.. mungkin sebab letihh jaa..
aku ada jawatan dalam persatuan
so boleh faham kan, always akan busy.. ada meeting dan kadang sampai lewat malam baru balik.
okay sepanjang nak jalan dari rumah aku dengan UiTM even makan masa 5 minit jaa, tapi jalan dia tersangat lah gelap, sunyi pulakk tuu. lewat malam lagi lah takda kereta yang lalu.. senang kata kawasan tuu mati lah bila malam. dengan kekuatan keperempuanan yang aku ada, aku gagahi jugak balik rumah, padahal boleh je tumpang bilik kawan yang duduk kolej.
aku selesa tidur katil sendiri
sepanjang duduk rumah tuu, aku tak pernah lagi lah kena tinggal sorang-sorang. dulu selalu housemate akan balik lewat pagi, tapi sejak tau benda tuu ada selalu gak balik awal. kadang kalau balik lambat pun, semua akan ikut.satu harituu cuti panjang, semua balik rumah masing-masing awal, kira khamis jumaat semua dah angkat kaki balik.. tapi si Atun ni kena tunggu kawan dia sebab dia tumpang kawan tuu nak balik selatan, jadi nak taknak kena balik sabtu sebab orang yang dia tumpang kena balik sabtu..awal pagi tengah dia lipat baju nak bawa balik, ada seseorang yang melintas padahal semua dah balik.. Allah, Allah, kalau aku pengsan dulu kot ! haha. pagi lepas subuh terus dia cabut blah. kalau Si Peah pulak ada dengar bunyi periuk belanga kat dapur, padahal aku yang ada dalam bilik, tak dengar apa pun. hm
pergi tegur dengan selambanyaa
yang si Siti nie, satu hari nak dekat maghrib laa dia tengah basuh baju dkt mesin yang dekat dengan tandas tuu, then dia nampak si Minah ni bawa beg nak keluar rumah.. dia pun tegur tanya p mana, tapi si Minah ni tak jawab.. lama sat tuu, si Minah ni sebenarnya ada dalam bilik elok dok landing atas katil.. hmm nasib lah tak demam si Siti ni. nak tau keadaan umah kami malam memang gelap gelita, kadang sapa lalu pun tak akan perasan ada umah kat situ. mungkin terlindung pokok lah kot, tersorok gitu.. kot lah.. dalam tempoh empat bulan kami bertahan.. dah nak habis sem, ada masalah pulak dengan tuan rumah pasal duit sewa, janji lain jadinya lain. begitulah.. sebelum kejadian tuu, tuan rumah tuu accident teruk lah jugak dekat temoh, kaki paha dia patah  tebu, pipi terkoyak boleh nampak isi dalam sebab tercucuk besi kereta, sampai terbakaq lah keta dia.. punya dasyat accident dia..
then lepas kejadian tu adalah masalah duit sewa. pastu sepanjang tempoh nak habiskan sisa-sisa nak duduk rumah sewa tuu, ada sekoq belalang ni mana mana mai, warna koko, pelik laa orang kata.. tetiba muncul. bila tegur, hilang! last nampak dok ada dalam peti ais. macam mana dia masukk dalam tu wehh . adui laa
belalang pelesit
dua kali jugak laa belalang ni dok mai, masuk tatau kot mana  sebab semua dah tertutup.. pastu hilang dalam sekelip mata. sebab takut, semua berkumpul satu bilik, time tuu cuma tinggal aku, peah , kiah dan atun. lagi dua tuu balik kalau tak silap aku. pastu search google belalang apa sebab tak pernah tengok.. kebanyakkan cakap belalang pelesit . belalang ni dijadikan sebagai tunggangan pelesit.
time tuu tengah malam gak lah. pupp tadak lektrik .. semua dahh gelabah, dah laa kawasan tuu gelap gelemat, bila tadak lampu lagi bertambah gelap gelemat. time tuu segala surah kami buka. kami nekad untuk keluar dari rumah tuu, capai apa yang ada jaa.. sebab pikiaq belalang tu mesti ada lagi, dah laa tuan rumah tak puas hati dengan kami time tuu.. so kami naik keta dengan tadak hala tujunyaa, lektrik tadak area umah kami jaa, sampai pekan lampu dok ada.. tapi sepanjang jalan tuu gelap gelemat.. buka high beam pun still gelap.. pastu tau kami tidoq mana malam tu? RnR tapah.. punya takut lah.. dah laa kena tahan roadblock. bila tanya aku cakap balik kampung, padahal nak p RnR , hahahahaha! kenangan semua ni tidoq kat RnR. esok pagi tuu balik, buka peti ais tuu still ada belalang  tuu. hidup lagi plak tuu, ingat mati kesejukkan!
last pukul belalang bagi mati bakaq kat luaq rumah, si Peah yang berani buat. haha
sejak hari tuu, aku menumpang bilik orang memandangkan bilik aku kipas pulak rosak. hm kadang aku tidoq kat hall ja, padahal lagi bahaya sebab ada yang memerhati T,T
buat buat macam tadak apa berlaku.
aku bukan taknak tido bilik orang, aku segan, tak biasa sama. last-last aku masuk jugak bilik master memandangkan si minah tadak, aku tumpang katil dia sat.  tuu kisah yang aku tak dapat lupa sampai ke harinii, taip ni pun rasa meremang, seperti ada yang perhatikan aku.. tapi last kami settlekan cara elok jugak dengan tuan  rumah. dan aku tak duduk rumah tuu dah, kalau boleh aku taknak lah  ada yang duduk sewa rumah tuu dah, cukup lah kami orang first yang menyewa dan kami orang last yang diowang bagi sewa. lagipun orang kawasan tuu kata, tuan rumah ni bukan calang-calang orang. jadi kalau nak menyewa, sewa cara elok sebab kita tatau orang tu macam mana.
okay tuu ja cerita aku, panjang berjela, detail punya story. haha
kbyee !

Old things | New things